Nama
Saintifik: Mimusops Elengi
Famili: Sapotaceae
Nama Biasa: bunga Tanjung
Nama lain: Baula (oriya).
Keterangan:
Tanjung
ialah sejenis pokok yang bersaiz sederhana.Ia biasa dijumpai ditanam ditepi-tepi
jalan kerana bentuknya yang rendang dan dapat memberikan teduhan dari cahaya
matahari yang terik. Bunga tanjung berbau sangat wangi dan biasa digunakan
sebagai hiasan kepala masyarakat melayu tradisional dan kaum india.Bunga tanjung
juga tahan lama dan boleh direndam dalam minyak kelapa setelah kering untuk
mengembalikan harumannya.Biasanya bunga tanjung yang direndam dalam minyakm
kelapa ini digunakan sebagai bunga hiasan kepala untuk mewangikan rambut. Daun
tanjung berwarna hijau tua, agak keras dan mempunyai permukaan yang berkilat.
Buahnya berbentuk bujur,berwarna hijau ketika muda dan jingga setelah
masak.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedikit manis.Tumbuhan ini
membiak dari keratan batang dan biji benih
Kegunaan:
Rawatan
ru
Beberapa tangkai bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar jintan hitam.
Air rebusan ini diembunkan selama semalam. Setelah itu airnya ditapis dan
digunakan untuk mandi oleh pesakit.
sakit Gigi dan luka
Kulit batang pokok tanjung direbus bersama air. tapis rebusan ini dan gunakan
sebagai ubat kumur sekali sehari selama empat hari.Ia juga dapat menghilangkan
nafas berbau.Rebusan ini juga boleh digunakan untuk mencuci luka. Lakukan setiap
hari hingga luka sembuh
selain daripada itu bunga tanjung juga mempunyai minyak sari dan minyak sari
yang dihasilkan berwarna kuning muda kehijauan.Ia boleh digunakan dalam
perawatan aromaterapi.