Nama Botani
: Hibiscus rosa-sinensis
Nama
Tempatan : Bunga Raya, Chinese Hibiscus, Rose of China
Famili
: Malvaceae
PENGENALAN
BOTANI
Morfologi
Bunga
Raya atau Chinese Hibiscus atau Rose of China sangat popular di rantau tropika
dan ia juga boleh hidup di kawasan iklim sederhana didalam rumah hijau.
Pokok bunga raya boleh mencapai ketinggian dari 2 m. sehingga 6 m. (jika tidak
dipangkas).
Permukaan batangnya licin dan daun dari jenis simple dan alternate.
Saiz dan bentuk daun berbeza-beza walaupun berada pada tangkai yang sama.
Bentuknya mungkin ‘entire’ tetapi kebiasaannya ‘lobed’ atau ‘deeply
divided’. Kebanyakan daun Hibiscus berwarna hijau tua dan ada juga
varigated.
Bunga
Bunga
Hibiscus besar sehingga ada yang mencapai 25 cm. garispusat. Bentuknya
terdiri dari tiga bentuk utama ; funnel,saucer dan reflexed. Struktur bunga
terdiri daripada lima petal mengelilingi kolum stamina di tengah-tengah.
Ovarinya mengandungi lima karpel dan banyak stamen bersambung untuk membentuk
kolum stamina melalui tengah style single . Style single ini berakhir
dengan lima ranting stylar dengan stigma di hujung, satu untuk tiap lima karpel
dalam ovari. Bunga raya terdapat dalam pelbagai warna; merah, putih, merah
jambu, kuning dan maroon.
Bunga juga terjadi dalam pelbagai form; tunggal
(definite form) iaitu lima petal manakal yang lain multiple iaitu ‘double
form’. Terdapat satu lagi form iaitu ‘semi-double form’. Bunga
berkembang di waktu pagi dan mula layu menjelang petang. Walau
bagaimanapun bunganya keluar banyak dan berbunga sepanjang tahun.