Famili:
Rubiaceae
Nama
biasa: Bunga Cina/ Melur Cina
Nama
Lain: Kaca piring
Bunga
cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak
ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun
dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti
bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan
selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh ditempat sejuk atau
panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga.Tempat yang paling sesuai
untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan
pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut.Pokok ini
boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter.Ia membiak melalui keratan batang dan
semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua
daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. pastikan air mencukupi
semasa pertumbuhan akarnya.Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan
sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum