
NAMA SAINTIFIK
: CANANGA ODORATA
FAMILI
:
ANNONACEAE
ANNONACEAE ANNONACEAE
NAMA BIASA
: BUNGA KENANGA
NAMA LAIN
: YLANG-YLANG
KETERANGAN:
Kenanga
bukanlah termasuk dalam tumbuhan herba. Ia adalah tumbuhan saka berbatang kayu
dan mempunyai ketinggian yang boleh mencapai sekitar 5-20 meter dan hayatnya
boleh mencapai puluhan tahun dengan diameter batangnya lebih kurang 0.1-0.7
meter.Ia sesuai tumbuh pada ketinggian 25-1000 meter dari aras laut. Tumbuhan
ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Sekarang, pokok
kenanga selalunya di tut dan mula berbunga pada ketinggian satu hingga dua
meter. Pokoknya juga tidak sebesar pokok yang tumbuh liar di hutan.bunganya
yang berbau sangat harum dan wangi merupakan produk utama dari tumbuhan ini.
KEGUNAAN:
Minyak
ekstrak dari bunga kenanga (essential oil) digunakan dalam perubatan aroma
terapi untuk menenangkan dan merelakskan jiwa terutamanya ketika PMS
(pre-menstrual syndrome). ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan atau
kekejangan yang berlaku ketika haid dan juga melancarkan kitaran haid.ia juga
mampu menurunkan tekanan darah, boleh digunakan untuk mengubat darah tinggi.
Minyak ini juga boleh digunakan untuk kegunaan kosmetik seperti mengurangkan
garis penuaan, menggalakkan pertumbuhan sel baru, merawat jerawat, mengatasi
masalah kulit kasar dan berminyak, menggalakkan pertumbuhan rambut,
menghilangkan kelumumur. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan
dan insomnia. Ia juga dikatakan boleh digunakan untuk mengatasi masalah mati
pucuk (impoten) bagi lelaki dan frigid bagi wanita.ia juga dikatakan berkesan
bila digunakan ketika demam biasa atau demam malaria bronkitis dan asma .Cara
menggunakan: Untuk malaria dan asma, 3 kuntum bunganya yang telah dikeringkan
dimasukkan kedalam segelas air panas yag mendidih dan ditutup,tapis dan minum
apabila telah sejuk.untuk sesak nafas pula, segenggam bunga kenanga direbus
dengan 2 gelas air bersama segenggam gula pasir hingga tinggal segelas air
tapis dan minum airnya pagi dan malam.untuk bronkitis,segenggam bunga kenanga
direbus dgn dua gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum pagi dan
malam.Oleh kerana bunga ini mempunyai bau yang amat kuat, anda dinasihatkan
agar tidak menggunakannya secara berlebihan kerana ini boleh mengakibatkan loya
dan sakit kepala. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang
persediaan herba.
Kembali
Ke LAman Utama...